Cik kim nak berkongsi lagi Tip kekalkan hubungan Persahabatan.
Sebenarnya CK nak berkongsi tips yang cik kim dapatkan di majalah.Mungkin cik kim boleh katakan agak terlewat cik kim dapatkan tips ini tapi semuanya ketentuan takdir..Cik Kim bukanlah seorang sahabat yang baik untuk kawan-kawan cik kim.Walaupun berusaha menjadi kawan yang sempurna tapi akhirnya hati masing-masing tetap terluka.
Jadi cik kim tujukan tips ini buat pada yang mempunyai sahabat baik yang anda sayangi dan tak sanggup kehilanganya dan jadikanlah cik kim sebagai iktibar untuk korang semua.
Jangan terlalu taksub untuk menjadi sahabat yang sempurna dan menjaga hati semua pihak kerana akhirnya semua akan terluka.
- Pandai Menyimpan Rahsia - kepercayaan untuk meyimpan rahsia adalah sangat penting.
Jangan sia-siakan kepercayaaan yang telah diberikan oleh sahabat anda.
Pastikan anda menyimpan rahsia itu sebaik mungkin.
Kalau kawan anda yang lagi satu bertanya ataupun main psikologi dengan anda sebab nak tahu sahabat anda yang lagi satu ni kenapa,anda tahu sebabnya juz cakapnya" tak tahu" /"No Comment"/"Nak tahu,tanyalah sendiri".
- Tahan Bergurau senda
Jangan berlebih-lebihan gurauan anda.Anda mungkin tidak tahu mungkin sahabat anda terasa dan terguris hatinya.
pastikan anda dan sahabat anda dapat menerima gurauan tersebut dan berfikir sebelum ia berlaku.
- Jangan Terlalu Mengkritik - Jadilah sahabat yang memberi nasihat dan tempat sahabat meluahkan pendapat.jika sahabat melakukan kesalahan, jangan terburu-buru mengkritik atau memarahinya kerana kita tidak semestinya betul dan bagus dalam semua hal.
- Jangan Pentingkan diri Sahabat yang baik tidak mementingkan diri sendiri tetapi sentiasa membantu kawannya dalam apa jua situasi.
Adakah anda seorang yang sanggup mengetepikan kepentingan diri demi menjaga perhubungan persahabatan anda? tanya diri anda sendiri. Jika ya,anda berfikir pulak samada anda layak mempunyai sahabat baik?
- Terima Kelebihan dan Kekurangan - Perlu saling melengkapi antara satu sama lain agar persahabatan lebih bermakna.
terimalah kekurangan dan kelebihan sahabat anda seadanya kerana setiap manusia tidak sempurna.
Jika ada berterus terang tidak menyukai beberapa sikapnya,kemungkinan dia sanggup berubah kerana berfikir mungkin betul apa yang anda cakap dan dia menyayangi anda dan ingin berkawan dengan anda selamanya.
- Usah ditanya tentang perkara yang negatif.
adakalanya perbicaraan anda dengan sahabat anda menyentuh sensitivitinya.
Bijaklah menyesuai atur tutur kata anda mengikut keadaan dan emosi sahabat anda.
jangan terlalu mengikut kata sehingga boleh memberi kesan kepada sahabat.
- Jangan burukkan sahabat- Jangan sesekali menghebahkan apa sahaja cerita buruk tentang sahabatmu itu.
Jika berlaku perselisihan faham antara anda dengan sahabat anda,janganlah memburukkan sahabat anda didepan orang lain.Berkemungkinan sampai bila-bila anda tidak akan berkawan dengannya semula.
- Menghormati hak dan kehidupan peribadi
jika sahabat anda dilanda maslaah ,mungkin dia memerlukan masa sendirian.
Berada di sampingnya menunjukkna anda sangat mengambil berat tentang dirinya.
Namun jika dia meminta sedikit ruang,berikanlah dia hak itu.
- Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi -ada sesetengah perkara tidak boleh dikongsi bersama
Elakkan diri daripada terlalu sibuk mengambil tahu hal peribadi sahabat sehingga menimbulkan rasa tidak selesanya.
walau begitu,sebagai sahabat dia memerlukan kamu di saat suka dan dukanya.
- Bersikap terbuka
bersikap terbuka adalah satu landasan yang penting buat kamu dan sahabat.
tak mungkin kamu boleh membina persahabatan yang baik jika hati kamu dipenuhi dengan persaan dendam,cemburu,sangsi.
Berbincanglah secara terbuka dari hati ke hati tentang permasalahan kamu.Pastikan kamu memilih waktu yang sesuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih akan komen anda!!!^__^