Mengumpat dan mengata selalu dikaitkan sebagai sifat kegemaran kaum wanita.Dipejabat,rumah ,sekolah,kolej ataupun kawasan kejiranan,kita bercampur gaul dan kadangkala tanpa sedar percakapan yang dilontarkan telah menyinggung hati dan perasaan orang lain.Malah,dalam bersahabat,ada ketikanya sikap yang halus yang bagi kita hanya perkara kecil pun mampu membuatkan orang lain tersinggung.
Daripada Abdullah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda,
"Apablila kamu bertiga,maka janganlah dua orang berbisik tanpa yang ketiga,sebelum mereka bercampur dengan orang-orang lain.Kerana hal itu akan menyinggungkan perasaan" Sahih Muslim)
Demikianlah betapa Islam menjaga batas pergaulan dan persahabatan yang terjalin di kalangan umatnya.Memang perkara seumpama ini nampak remeh pada kita tetapi Islam tidak pernah memandang ringan terhadap perkara sekecil ini.Justeru,berhemahlah dalam pergaulan seharian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih akan komen anda!!!^__^