Shira Ingin Menjadi Usahawan Terkenal



Shira Ingin Menjadi Usahawan Terkenal

Sebelum si gadis ayu ini menjadi Gadis Pilihan Kali Ini untuk Blog Budak Perasan Bagus [BPB],penulis tidak mengambil banyak masa untuk membuat pilihan bagi memilih gadis ini kerana ia menepati ciri-ciri yang penulis mahukan dipaparkan untuk Laman Jejaka/Gadis Pilihan.

Wajah ayu si gadis bernama Nur Shahira Binti Mohammad Rossidi atau lebih dikenal manja dengan panggilan Shira sebenarnya sudah pun mempunyai kerjaya sebagai usahawan. Bukan mudah untuk menceburi bidang ini jika anda tidak mempunyai minat yang mendalam. Mari kita kenali dengan lebih dekat lagi gerangan si gadis berusia 21 tahun ini.

Kerjaya yang mencabar

Gadis kelahiran Perak ini merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik pada mulanya dicabar untuk menuntut di Politeknik Premier Ungku Omar yang dinaik tarafkan sebagai sebuah Universiti tidak lama lagi.Shira menyahut cabarannya dengan hati yang terbuka .Diploma Akauntansi menjadi pilihannya.Setelah enam semester atau 3 tahun  menuntut di PUO,Shira telah menyandang pelbagai jawatan seperti exco semester Kelab Akauntansi,Ahli Persatuan Silat Cekak Malaysia PUO, Ketua Kumpulan dalam Karnival Amal iaitu Karnival Go-Green dan beberapa lagi jawatan lain dalam setiap program yang dijalankan oleh Kursusnya.Selaku pelajar yang agak sibuk menyandang pelbagai jawatan,sudah pasti mempunyai rutin harian yang agak padat. Walaupun begitu,ia tidak menghalang Shira menjadi usahawan sambil belajar.Satu tugas yang mesti dilaksanakan.

Bagi beliau,perniagaan merupakan bidang yang menarik dan dalam perniagaan juga beliau tahu prlbagai situasi dan masalah perlu dihadapi.Beliau yang menyimpan impian untuk membuka sebuah Spa bagi semua golongan  lelaki dan wanita. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ditimba,shira tahu bukan senang untuk mengotakan setiap impian yang diinginkan.Namun berkat dan kesungguhan dan kecekalannya,dia tahu dia mampu menggapainya.

Sukarelawan

Sesibuk bagaimanapun shira dengan tugasan hariannya sebagai seorang pelajar, ketua dan juga usahawan,Shira tidak lupa untuk melakukan kerja amal yang dilakukan yang dianjurkan oleh PUO. Shira dilantik menjadi ketua bagi kumpulannya untuk menguruskan salah satu aktiviti  bagi program Karnival Go-Green yang berlangsung pada 8 dan 9 Oktober 2011 mengenai Pencemaran Alam Sekitar yang diperjuangkan oleh Adik Salman Suriati.

Bagi Shira,tugasan hariannya sebenarnya bukanlah penghalang untuknya melakukan kerja amal malah memberikan keseronokan dan dapat mengenali lebih ramai kawan lagi.

Fesyen
Walaupun sibuk dengan tugasan harian yang memenatkan,jangan tak tahu rupa-rupanya shira seorang yang “gila fesyen” . Dia tidak lokek untuk mencuba sesuatu fesyen yang Nampak “vogue” tetapi kadang-kadang takut mencuba di khalayak ramai. Beliau memerlukan sokongan daripada rakan-rakan atau keluarga untuk memakainya.  Beliau pernah memenangi Ratu Majlis Makan Malam PUO untuk sesi Jun 2011 baru-baru ini.

Lima Perkara yang mungkin membuatkan Shira rasa teruja:
  1. Kasut
  2. Budak Kecil
  3. Fesyen
  4. Beg
  5. Jualan Hebat





BIOADATA DIRI
NAMA PENUH     : NUR SHAHIRA BINTI MOHAMAD ROSSIDI
TARIKH LAHIR    : 22 MEI 1990
UMUR                :21 TAHUN
ASAL                 : GOPENG,PERAK
PENDIDIKAN      : DIPLOMA AKAUNTANSI PUO
ANUGERAH YANG DIMENANGI: RATU MAJLIS MAKAN MALAM KURSUS DAT SESI JUN 2011
KERJAYA           : PELAJAR,USAHAWAN MUDA
ADIK BERADIK   : ANAK SULUNG DARIPADA 6 ORANG ADIK BERADIK
HOBI                 : MEMBERLI BELAH, MELANCONG,MENGHIAS DIRI
CITA-CITA          : MEMBUKA SEBUAH SPA YANG  DIKENALI RAMAI
BOLEH MENGENALI : www.facebook.com [Nur Shahira]


Bersama Iron Man Malaysia ,Salman Suriati 


1 ulasan:

Terima Kasih akan komen anda!!!^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...