Punca mudah mendapatkan GASTRIK -Dr.Syed Anees Ahmad

Cik Kim nak berkongsi perngetahuan yang telah dikongsikan oleh Dr.Syed Anees Ahmad di ruangan majalah DARA.COM dengan tajuknya Puasa Elak Serangan Gastrik.Tapi cik kim nak berkongsi tentang punca-punca bagaimana seseorang itu mudah mendapat gastrik.


Tabiat pemakanan yang tidak mengikut Jadual.
Anda sentiasa sibuk dengan aktiviti belajar,kerja mahupun apa jua urusan yang membuatkan anda melengahkan waktu makan terutamanya ketika berbuka.
Jangan biarkan perut anda masuk angin kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dan pengambilan makanan mestilah berkhasiat dan seimbang.

Pengambilan minuman berkafein
Seeloknya jauhkan minuman jenis ini kerana ia boleh membuatkan tubuh kamu menjadi cepat letih dan lesu.
Pengambilan minuman berkafein ini boleh bertindak seperti diuretik yang boleh menyebabkan pembuangan air berlebihan dan mengakibatkan badan kamu kekurangan air dan garam.

Gaya hidup yang tertekan
dalam menjalani kehidupan,pasti ada yang memberi tekanan buat kamu.Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi. Dalam keadaan ini pasti gaya hidup kamu menjadi tidak seimbang.Dengan itu,banyakkanlah berbuat ibadah supaya dapat ketenangan dihati.Kamu bukan sahaja mendapat pahala malah dalam perjalanan hidup kamu juga lebih teratur.

Merokok
merokok memang membahayakan bukan sahaja perokok malah orang yang berada disekelilingnya. Ia bukan sahaja menyumbang kepada penyakit gastrik sahaja malah memberi kesan kepada seluruh organ dalaman badan. Elakkanlah tabiat merokok dan terhidu asap rokok.

Tanda-tanda:
sakit bahagian atas perut
terasa loya
selera makan kurang
berat badan menurun
najis kehitaman atau berdarah(gastrik tahap serius)
sendawa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih akan komen anda!!!^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...