3B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda    : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai
           sekarang saya belum pernah ada kekasih..."
Ustaz        : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"
Pemuda    : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,
           penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..."
Ustaz        : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang
            pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"
Pemuda    : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk
           mendapat seorang gadis.."
Ustaz        : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA'
           dan juga 'BERPUASA'
Pemuda    : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya
          juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ...."
Ustaz        : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."
Pemuda    : "Apa itu Ustaz! ?"
Ustaz        : "BERCERMIN!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih akan komen anda!!!^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...