Dia bertemu orang-orang di sana dan mereka bertanya kepadanya,
"Wahai tuan, mengapa doa kami tidak dikabulkan? Apa kesalahan kami?"
Jawab Ibrahim: "kerana hati kamu mati daripada 10 Perkara."
Tanya mereka: "apakah itu,tuan?"
Jawab Ibrahim:
"kamu mengenal Allah tetapi tidak mentaatinya.
Kamu mengenali Rasulullah tetapi tidak mengikutinya.
Kamu mengetahui Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya.
Kamu memakan kurniaan-Nya tetapi tidak pernak mensyukuri.
Kamu tahu syurga namun tidak mencarinya.
Kamu tahu Neraka namun tidak menghindarinya iaitu meninggalkan maksiat dan dosa.
Kamu mengenal Syaitan namun tidak berusaha memeranginya,bahkan menyambut ajakannya.
Kamu tahu kematian namun tidak bersiap mengadapinya.
Kamu pernah menguburkan mayat,namun tidak mahu mengambil pengajaran.
Dan Kamu bagun tidur lalu suka membetulkan kekurangan dan kesilapan orang lain tetapi tidak pernah membetulkan kesilapan dan kesalahan diri sendiri."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih akan komen anda!!!^__^