Tips Cinta- Jangan Ucapkan (DARA.COM)

Cik kim  tak berasa tahu sangat bab cintan-cintun ni tapi cik kim tetap nak berkongsi tentangtip cinta apa yang patut dicuapkan dan apa yang patut tidak diucapkan.Cik kim menyelak lagi majalah lama Dara.Com dan ingin berkongsi dengan anda semua!



Orang kata bercinta memang seronok tapi kalau tersalah kata boleh memudaratkan hubungan cinta kita..
Apa yang tak patut diucapkkan itu???


  1. "Awek/Boyprend saya dulu tak pernah buat macam tu...." 
    [Opss!!!Jangan banding-bandingkan awek/Boyprend yang lama dengan yang sekarang.Kecewa kowt pasangan anda!!!!]
  2. "Eh,tak ketat ke baju awak tu? Nampak macam dah gemuk."
    [Jika perempuan,habislah si lelaki kena hempuk!Memang cari nahas.Merajuk sebulan lah jawabnya. Tegurlah cara baik untuk kebaikan si gadis..pandai korang sendirilah nak cakap cam ner yer si lelaki. ]
  3. "Alamak!Abang lupalah hari jadi sayang."
    [
    Saya nak bagitahu,perempuan tak pernah fail bab ingat tarikh penting dalam hidup mereka dan juga pasangan mereka.So,ni ditujukan pada si lelaki! Silalah ingat tarikh penting pasangan anda. Tarikh lahir,tarikh kapel,tarikh tunang,tarikh kawin!]
  4. "Saya memang pernah keluar dengan dia tapi masa tu saya tengah bengang dengan awak"
    [Anda memang pasangan yang mengecewakan! Jangan membuat sesuatu yang boleh membuatkan anda akan kehilangan pasangan anda buat selamanya.Kalau cik kim pun,maaflah memang tak nak kapel balik!]
  5. "Awak pergilah shopping sendiri atau dengan kawan awak,saya malaslah nak ikut."
    [for men: ketahuilah yang cik adik awak tu sebenarnya nak meluangkan masa dengan awak sepenuhnya,bukan semata-mata pegi shopping.]
    [For girl: Cik abang awak tu ajak pegi shopping kerana dia sangat pentingkan pendapat anda dalam pemilihan barangannya kerana andalah merupakan orang yang terpenting buat dia!]
  6. Berdebat pertahankan pendapat
    [tak kira lelaki ataupun perempuan ,dalam satu-satu perhubungan perlulah ada sifat bertolak ansur dan memahami yang tinggi.Jika anda tidak mengalah,itu bermakna anda tidak memerlukan hubungan anda dengan si dia kekal lama.]
  7. "Ingat nak ajak awak hangout,but ur so boring!"
    [Percayalah anda boleh putuskan hubungan anda dengan ayat ni jer...]
  8. "Kawan baik awak tu boleh tahan jugaklah"
    [Si boy/girl boleh berjauh hati dengan anda,dan tak mustahil jika pasangan anda ingin memutuskan hubungan dengan anda kerana dia dapat melihat anda bukanlah jenis yang setia dan tak boleh diharap nanti lepas kahwin.]
  9. "Awak ni kuat membebellah"
    [Jangan salahkan si dia,awak kena fikirkan kenapa? sebab bukan sesenang hati orang nak membebel,penat kowt!!!!!!!]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih akan komen anda!!!^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...