Assalammualaikum semua....cik kim nak berkongsi satu artikel dimana cik kim menyelak majalah lama semasa mengemas bilik dan tertarik dengan artikel ni..CIRI LELAKI IDEAL..jadi ,cik kim rasa nak berkongsi dengan anda semua..
jika kita ketahui sebenarnya ramai lelaki di luar sana yang mengakui bahawa diri mereka ni adalah lelaki yang 'perfect' dan merekalah sebenarnya pilihan terbaik untuk si gadis..Tetapi mereka lupa tiada makhluk di dunia ni yang sempurna sebagaimana ALLAH S.W.T.
Jadi apakah sebenarnya yang dikatakan lelaki ideal?
Lelaki Ideal adalah lelaki yang serba sederhana dan konsisten dalam hidupnya dan mereka juga boleh membuat keputusan dan sanggup memohon maaf apabila melakukan kesalahan.
cik kim dapat membuat kesimpulan yang ringkas tentang lelaki ideal ni.So,sesiapa yang ingin menjadi lelaki ideal idaman wanita bolehlah cuba mempunyai beberapa ciri ni yer.^__^
- lelaki yang sederhana iaitu tidak berlebih-lebihan dalam hidup.
- lelaki yang tidak suka menunjuk-nunjuk dalam hidup mereka seperti kerjaya,harta mahupun taraf kedudukan.
- lelaki yang suka merendah diri.
- memiliki gaya hidup yang konsisten.iaitu mempunyai kerjaya dan hala tuju hidupnya.
- lelaki yang cepat dan mampu membuat keputusan yang tepat dalam sesuatu hal. Mereka dilihat sebagai seorang pemimpin.
- tambah 'gentleman' apabila sudi memohon maaf walaupun silap yang dilakukannya kecil. ataupun 'ringan mulut' memohon maaf walaupun tisak bersalah sebenarnya.
- seorang yang menghormati antara satu sama lain.
- seorang yang berani ,jujur dan bercita-cita tinggi juga merupakan kelayakan utama untuk bergelar Ideal.
- Seorang yang berfikiran cergas ,matang dan tangkas serta aktif juga menjadi ciri-ciri penting lelaki ideal.
Wah,bukan senang untuk bergelar lelaki Ideal apatah lagi bergelar lelaki sejati dan yang penting untuk diigatkan rupa bukanlah faktor utama menjadi lelaki Ideal,cukuplah mereka sedap mata dipandang. Bukan rupa paras yang menjadi ukuran tetapi keperibadian yang utuh dan unggul menjadi sanjungan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih akan komen anda!!!^__^