Doktor dan jururawat di sebuah hospital merasa hairan kerana semua pesakit yang ditempatkan di Unit
Rawatan Rapi (ICU) meninggal dunia pada hari yang sama ( malam jumaat) jam 12 malam. Malah ramai
yang beranggapan ia suatu yang aneh dan berkaitan dengan hantu !!.
Tiada siapa yang berani menyiasat....
Namun begitu, mahu tidak mahu terpaksa juga mereka mencari puncanya demi menjaga reputasi
hospital tersebut.
Malam jumaat berikutnya, masing2 menunggu jam 12 malam dengan penuh debar. Mulut tak lepas dari
membaca ayat suci Al-Quran. Malah ada yang mula berzikir dan membaca entah apa doa.
Jam semakin menghampiri 12 malam, masing2 semakin berdebar. Dalam bilik ICU tersebut hanyalah
sekujur tubuh pesakit yang nampaknya tenat. Hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan
untuk hidup.
Tepat jam 12 malam, debaran makin terasa. Jantung bagaikan tersentak bila melihat satu
lembaga hitam sedang menuju ke bilik ICU itu sambil menarik sesuatu. Masing2 terus bersembunyi,
menggigil ketakutan.
Pintu bilik ICU terbuka, lembaga hitam tu melangkah masuk......
Makcik Kiah yang bertugas sebagai cleaner pada setiap malam jumaat tu (shif pukul 12 malam)
lantas mencabut power supply alat bantuan pernafasan dan lantas mencucuk plug vacuumnya lalu
memulakan tugasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih akan komen anda!!!^__^