Assalamualaikum pembaca sekalian... saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang tidaklah lengkap dan banyak kekurangannya.. kerana yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang kurang itu datangnya dari diri saya sendiri...
saya ingin berkongsi apakah hukum berdiri samada baik ataupun tidak. Seperti yang kita tahu ,Islam merupakan agama yang syumul yang menyusun setai perbuatan kita secara terperinci sehinggalah hukum dan adab setiap perlakuan kita.Dengan itu,saya ingin berkongsi dengan kalian apakah hukum dan adab apabila kita berdiri.
Keadaan Pertama: Kita mengharapkan orang lain berdiri untuk kita.
Rasulullah SAW bersabda:
"sesiapa yang menyukai orang-orang yang berdiri untuknya,maka dia sebenarnya mengambil tempat duduknya di dalam neraka. " [Shahih Sunan Abu Daud , 5229]
Rasulullah SAW melarang dengan tegasnya bahawa janganlah kita mengharap atau menyukai apatah lagi memaksa orang lain untuk berdiri untuk kita.Disebalik larangan tegas ini adalah manusia suka dihormati dan diagungkan dan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik iaitu apabila seseorang itu memuji dan mengagungkan sesama manusia setaraf atau lebih dari Allah S.W.T.
Keadaan Kedua: Kita berdiri untuk Orang Lain
Aisyah pernah menerangkan tentang akhlak mulia di antara Rasulullah SAW dengan anaknya Fatimah:
"apabila Fatimah datang kepada Rasulullah,maka baginda berdiri untuk menyambutnya,mengambil tangannya,menciumnya dan mendudukkan Fatimah di tempat duduk baginda.Sebaliknya apabila Rasulullah mendatangi Fatimah,maka beliau berdiri menyambut tangan baginda,mengambil tangannya,menciumnya dan mendudukkan baginda di tempat duduknya."
Berdiri untuk menyambut ibu bapa,suami atau isteri dan rakan serta tetamu,maka berdiri ini memang dibolehkan.
Berdiri ketika berlalunya jenazah juga dibolehkan.
"Jika kalian melihat jenazah,maka berdirilah sehingga jenazah itu melintasi kalian atau diletakkan" [Shahih al-Bukhari,1272]
Berdiri seperti ini memang dibolehkan dan tidak wajibtetapi sekadar dianjurkan kerana Rasulullah SAW pernah duduk ketika jenazah diiringi melintasi baginda[Shahih Muslim, 962]
Berdiri kerana pemimpim.
Berdiri seperti sangat dilarang kerana ada peristiwa dimana Rasulullah SAW ketika uzur pernah solat sebagai imam dalam keadaan duduk sementara para makmum solat dalam keadaan berdiri. Rasulullah menegur:
"Jika kalian melakukannya,bererti kalian melakukan apa yang dilakukan oleh orang-orang Parsi dan Rom .Mereka berdiri untuk pemimpin mereka sedangkan pemimpin mereka duduk.Maka jangan lakukan itu" [Shahih Muslim, 413]
Para sahabat sangat mencintai Baginda tetapi apabila Baginda tidak berdiri maka mereka turut tidak berdiri kerana mengetahui bahawa Rasulullah SAW tidak menyukai perbuatan itu.[Shahih al-Adab al-Mufrad,946]
Berdiri ini sangat dilarang kerana apabila orang yang dipimpin berdiri untuk pemimpin mereka akan timbul rasa riak,hebat dan bangga dalam diri pemimpin tersebut hinggalah berubah menjadi angkuh dan sombong dan akhirnya memudaratkan orang yang dipimpin itu sendiri. Maka Islam menutup semua pintu-pintu sebelum berlakunya kemudaratan tersebut kepada pemimpin dan pengikut.
Berdiri Untuk Menggerunkan Musuh memang dibolehkan.
Rasulullah SAW bersabda kepada orang ramai untuk berdiri kepada Sa'ad bin Mu'adz.Baginda bersabda:
"Berdirilah kalian untuk pemimpin kalian"[Shahih al-Bukhari,6262]
Ini berlaku terhadap kaum Bani Quraizah yang sebelum itu memusuhi Islam dan Umatnya.Setelah kaum Bani Quraizah berjaya dikalahkan,Sa'ad bin Mu'adz ditugaskan menjaga urusan mereka dan perintah Rasulullah agar orang ramai berdiri terhadap Sa'ad menghasilkan perasaan gerun dan rendah diri di kalangan kaum Bani Quraizah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih akan komen anda!!!^__^