Titipan Pagi Jumaat..

Assalamualaikum....
Pagi yang tenang..hati yang gelisah...Bosannya duduk rumah mengadap komputer hari -hari.. 
sambil makan Maggi Kari yang Enak...
Ditemani dengan lagu-lagu korea yang menghiburkan...


Cik Kim tak ada mood nak berkongsi apa=apa la hari...
Pagi Jumaat ni diharap semuanya sihat sejahtera..
Jangan lupa Solat Dhuha untuk kebaikan kita nanti...
Dan yang Lelaki silalah jangan ponteng Solat Jumaat!




Salam

Mensyukuri Rezeki

Makan biar berpada-pada,jangan tamak dan berlebih-lebihan.Bersyukur dengan setiap rezeki yang ada,sama ada sedikit atay banyak,ia tetap rezeki.Makanan yang sedikit pun mampu mengenyangkan sekiranya dimakan dengan syukur.Sementara makanan yang banyak,jangan dibazirkan.

Daripada Jabir bin Abdullah,katanya,Rasulullah S.A.W .bersabda,


"Makanan seorang cukup untuk dua orang,makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang,dan makanan empat orang cukup untuk lapan orang."[sahih Muslim]

Dalam satu kisah,Abu Hurairah menceritakan,Rasulullah menerima tetamu seorang kafir.Rasulullah menyuruh orang memerah susu seekor kambing untuk minuman tetamunya,lalu habis diminum oleh tetamu itu.Kemudian baginda menyuruh diperah susu seekor kambing lagi,juga habis diminum tetamunya.Disuruh lagi meemrah susu kambing lain,habis juga diminumnya sehingga tujuh ekor kambing semuanya.

Keesokkan harinya,tetamunya itu memeluk Islam.Rasulullah memerintahkan supaya diperah susu seekor kambing untuk minuman tetamunya itu.Susu itu habis diminum.Kemudian baginda menyuruh orang memerah susu kambing yang lain.Bagaimanapun tetamunya tidak mampu mengahabiskan susu itu.

melihat ini,Rasulullah bersabda,
"Orang mukmin minum dengan satu perut dan orang kafir minum dengan tujuh perut."[Sahih Muslim]

Contohi Resmi Sang Burung

Rezeki tidak datang bergolek tetapi harus diusahakan.Sebaik-baik rezeki datang daripada hasil usaha sendiri,bukan mengharapkan simpati atau mengambil kesempatan daripada usaha yang dilakukan orang lain.

Contohilah resmi sang burung yang selalu keluar sari sarang dengan perut kosong tetapi kembali semula dengan perut yang penuh berisi.Resmi burung turut menjadi perhatian Rasulullah S.A.W seperti sabda baginda.,

"Berangkat ada waktu pagi dalam keadaan perut kosong dan pulang sebelah petang dengan perut yang penuh(kenyang)"[riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah]

Imam Ahmad bin Hambal pernah ditanya seseorang.

"Apa pendapat tuan mengenai orang yang hanya duduk di rumah atau di masjid dan dia berkata,saya tidak mengerjakan sesuatu sehingga rezeki datang dengan sendirinya."

Imam Ahmad bin Hambal menjawab:
"orang tersebut sangat bodoh dan tidak faham mengenai Agama"

JAGA PERCAKAPAN ANDA

Mengumpat dan mengata selalu dikaitkan sebagai sifat kegemaran kaum wanita.Dipejabat,rumah ,sekolah,kolej ataupun kawasan kejiranan,kita bercampur gaul dan kadangkala tanpa sedar percakapan yang dilontarkan telah menyinggung hati dan perasaan orang lain.Malah,dalam bersahabat,ada ketikanya sikap yang halus yang bagi kita hanya perkara kecil pun mampu membuatkan orang lain tersinggung.

Daripada Abdullah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda,
"Apablila kamu bertiga,maka janganlah dua orang berbisik tanpa yang ketiga,sebelum mereka bercampur dengan orang-orang lain.Kerana hal itu akan menyinggungkan perasaan" Sahih Muslim)

Demikianlah betapa Islam menjaga batas pergaulan dan persahabatan yang terjalin di kalangan umatnya.Memang perkara seumpama ini nampak remeh pada kita tetapi Islam tidak pernah memandang ringan terhadap perkara sekecil ini.Justeru,berhemahlah dalam pergaulan seharian.

10 Perkara DITOLAK DOA

Suatu hari,Ibrahim bin Adham pergi ke pasar Basrah.
Dia bertemu orang-orang di sana dan mereka bertanya kepadanya,

"Wahai tuan, mengapa doa kami tidak dikabulkan? Apa kesalahan kami?"

Jawab Ibrahim: "kerana hati kamu mati daripada 10 Perkara."

Tanya mereka: "apakah itu,tuan?"

Jawab Ibrahim:

"kamu mengenal Allah tetapi tidak mentaatinya.
Kamu mengenali Rasulullah tetapi tidak mengikutinya.
Kamu mengetahui Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya.
Kamu memakan kurniaan-Nya tetapi tidak pernak mensyukuri.
Kamu tahu syurga namun tidak mencarinya.
Kamu tahu Neraka namun tidak menghindarinya iaitu meninggalkan maksiat dan dosa.
Kamu mengenal Syaitan namun tidak berusaha memeranginya,bahkan menyambut ajakannya.
Kamu tahu kematian namun tidak bersiap mengadapinya.
Kamu pernah menguburkan mayat,namun tidak mahu mengambil pengajaran.
Dan Kamu bagun tidur lalu suka membetulkan kekurangan dan kesilapan orang lain tetapi tidak pernah membetulkan kesilapan dan kesalahan diri sendiri."

Pakaian Untuk Ke Majlis Makan Malam

Salam semua..cik kim nak berkongsi dengan anda semua pakaian yang sesuai untuk ke majlis makan malam atau anugerah-anugerah besar... cik kim dapat berkongsi dengan anda semua yang simple-simple jer... Pakaian yang diperagakan oleh kawan-kawan cik kim sesuai diperagakan semasa menghadiri majlis makan malam.

Simple tapi Elegan dan sofistikated..
Menawan dan hensem 




Eyka Farhana


Eyka Farhana
Pelakon Muda Berbakat Besar


Eyka Farhana yang masih hijau di dunia hiburan tetapi telah menonjolkan bakat lakonannya yang boleh dikatakan setaraf pelakon professional.

Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi atau lebih dikenali dengan panggilan komersialnya Eyka Farhana yang masih lagi merupakan pelajar sekolah menengah dan akan menamatkan SPM pada tahun hadapan telah pun menyerlah di dunia hiburan.

Bakat yang dimilikinya memang tidak dapat disangkal lagi apabila beliau Berjaya membawa watak dalam telemovie Sejadah Kaabah bersama-sama Eja member kesan yang mendalam terhadap penonton.

Beliau Berjaya menghayati lakonannya dan dapat dirasai oleh penonton. Malah, penulis turut sekali murah bermain air mata sepanjang menonton telemovie tersebut.

Beliau turut berlakon dalam drama popular Juvana disamping pelakon yang memang sedang meningkat naik ,Zahiril Adzim sebagai Nadia.

BPB mengucapkan semoga Eyka Farhana terus meningkat naik dan dimurahkan rezeki serta tidak berlagak sombong apabila menjadi pelakon popular nanti.


Shira Ingin Menjadi Usahawan Terkenal



Shira Ingin Menjadi Usahawan Terkenal

Sebelum si gadis ayu ini menjadi Gadis Pilihan Kali Ini untuk Blog Budak Perasan Bagus [BPB],penulis tidak mengambil banyak masa untuk membuat pilihan bagi memilih gadis ini kerana ia menepati ciri-ciri yang penulis mahukan dipaparkan untuk Laman Jejaka/Gadis Pilihan.

Wajah ayu si gadis bernama Nur Shahira Binti Mohammad Rossidi atau lebih dikenal manja dengan panggilan Shira sebenarnya sudah pun mempunyai kerjaya sebagai usahawan. Bukan mudah untuk menceburi bidang ini jika anda tidak mempunyai minat yang mendalam. Mari kita kenali dengan lebih dekat lagi gerangan si gadis berusia 21 tahun ini.

Kerjaya yang mencabar

Gadis kelahiran Perak ini merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik pada mulanya dicabar untuk menuntut di Politeknik Premier Ungku Omar yang dinaik tarafkan sebagai sebuah Universiti tidak lama lagi.Shira menyahut cabarannya dengan hati yang terbuka .Diploma Akauntansi menjadi pilihannya.Setelah enam semester atau 3 tahun  menuntut di PUO,Shira telah menyandang pelbagai jawatan seperti exco semester Kelab Akauntansi,Ahli Persatuan Silat Cekak Malaysia PUO, Ketua Kumpulan dalam Karnival Amal iaitu Karnival Go-Green dan beberapa lagi jawatan lain dalam setiap program yang dijalankan oleh Kursusnya.Selaku pelajar yang agak sibuk menyandang pelbagai jawatan,sudah pasti mempunyai rutin harian yang agak padat. Walaupun begitu,ia tidak menghalang Shira menjadi usahawan sambil belajar.Satu tugas yang mesti dilaksanakan.

Bagi beliau,perniagaan merupakan bidang yang menarik dan dalam perniagaan juga beliau tahu prlbagai situasi dan masalah perlu dihadapi.Beliau yang menyimpan impian untuk membuka sebuah Spa bagi semua golongan  lelaki dan wanita. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ditimba,shira tahu bukan senang untuk mengotakan setiap impian yang diinginkan.Namun berkat dan kesungguhan dan kecekalannya,dia tahu dia mampu menggapainya.

Sukarelawan

Sesibuk bagaimanapun shira dengan tugasan hariannya sebagai seorang pelajar, ketua dan juga usahawan,Shira tidak lupa untuk melakukan kerja amal yang dilakukan yang dianjurkan oleh PUO. Shira dilantik menjadi ketua bagi kumpulannya untuk menguruskan salah satu aktiviti  bagi program Karnival Go-Green yang berlangsung pada 8 dan 9 Oktober 2011 mengenai Pencemaran Alam Sekitar yang diperjuangkan oleh Adik Salman Suriati.

Bagi Shira,tugasan hariannya sebenarnya bukanlah penghalang untuknya melakukan kerja amal malah memberikan keseronokan dan dapat mengenali lebih ramai kawan lagi.

Fesyen
Walaupun sibuk dengan tugasan harian yang memenatkan,jangan tak tahu rupa-rupanya shira seorang yang “gila fesyen” . Dia tidak lokek untuk mencuba sesuatu fesyen yang Nampak “vogue” tetapi kadang-kadang takut mencuba di khalayak ramai. Beliau memerlukan sokongan daripada rakan-rakan atau keluarga untuk memakainya.  Beliau pernah memenangi Ratu Majlis Makan Malam PUO untuk sesi Jun 2011 baru-baru ini.

Lima Perkara yang mungkin membuatkan Shira rasa teruja:
  1. Kasut
  2. Budak Kecil
  3. Fesyen
  4. Beg
  5. Jualan Hebat





BIOADATA DIRI
NAMA PENUH     : NUR SHAHIRA BINTI MOHAMAD ROSSIDI
TARIKH LAHIR    : 22 MEI 1990
UMUR                :21 TAHUN
ASAL                 : GOPENG,PERAK
PENDIDIKAN      : DIPLOMA AKAUNTANSI PUO
ANUGERAH YANG DIMENANGI: RATU MAJLIS MAKAN MALAM KURSUS DAT SESI JUN 2011
KERJAYA           : PELAJAR,USAHAWAN MUDA
ADIK BERADIK   : ANAK SULUNG DARIPADA 6 ORANG ADIK BERADIK
HOBI                 : MEMBERLI BELAH, MELANCONG,MENGHIAS DIRI
CITA-CITA          : MEMBUKA SEBUAH SPA YANG  DIKENALI RAMAI
BOLEH MENGENALI : www.facebook.com [Nur Shahira]


Bersama Iron Man Malaysia ,Salman Suriati 


Tips Kekalkan Hubungan Persahabatan




Cik kim nak berkongsi lagi Tip kekalkan hubungan Persahabatan.
Sebenarnya CK nak berkongsi tips yang cik kim dapatkan di majalah.Mungkin cik kim boleh katakan agak terlewat cik kim dapatkan tips ini tapi semuanya ketentuan takdir..Cik Kim bukanlah  seorang sahabat yang baik untuk kawan-kawan cik kim.Walaupun berusaha menjadi kawan yang sempurna tapi akhirnya hati masing-masing tetap terluka.
Jadi cik kim tujukan tips ini buat pada yang mempunyai sahabat baik yang anda sayangi dan tak sanggup kehilanganya dan jadikanlah cik kim sebagai iktibar untuk korang semua.

Jangan terlalu taksub untuk menjadi sahabat yang sempurna dan menjaga hati semua pihak kerana akhirnya semua akan terluka.

  1. Pandai Menyimpan Rahsia - kepercayaan untuk meyimpan rahsia adalah sangat penting.
    Jangan sia-siakan kepercayaaan yang telah diberikan oleh sahabat anda.
    Pastikan anda menyimpan rahsia itu sebaik mungkin.
    Kalau kawan anda yang lagi satu bertanya ataupun main psikologi dengan anda sebab nak tahu sahabat anda yang lagi satu ni kenapa,anda tahu sebabnya juz cakapnya" tak tahu" /"No Comment"/"Nak tahu,tanyalah sendiri".

  2. Tahan Bergurau senda
    Jangan berlebih-lebihan gurauan anda.Anda mungkin tidak tahu mungkin sahabat  anda terasa dan terguris hatinya.
    pastikan anda dan sahabat anda dapat menerima gurauan tersebut dan berfikir sebelum ia berlaku.

  3. Jangan Terlalu Mengkritik - Jadilah sahabat yang memberi nasihat dan tempat sahabat meluahkan pendapat.jika sahabat melakukan kesalahan, jangan terburu-buru mengkritik atau memarahinya kerana kita tidak semestinya betul dan bagus dalam semua hal.

  4. Jangan Pentingkan diri Sahabat yang baik tidak mementingkan diri sendiri tetapi sentiasa membantu kawannya dalam apa jua situasi.
    Adakah anda seorang yang sanggup mengetepikan kepentingan diri demi menjaga perhubungan persahabatan anda? tanya diri anda sendiri. Jika ya,anda berfikir pulak samada anda layak mempunyai sahabat baik?

  5. Terima Kelebihan dan Kekurangan - Perlu saling melengkapi antara satu sama lain agar persahabatan lebih bermakna.
    terimalah kekurangan dan kelebihan sahabat anda seadanya kerana setiap manusia tidak sempurna.
    Jika ada berterus terang tidak menyukai beberapa sikapnya,kemungkinan dia sanggup berubah kerana berfikir mungkin betul apa yang anda cakap dan dia menyayangi anda dan ingin berkawan dengan anda selamanya.

  6. Usah ditanya tentang perkara yang negatif.
    adakalanya perbicaraan anda dengan sahabat anda menyentuh sensitivitinya.
    Bijaklah menyesuai atur tutur kata anda mengikut keadaan dan emosi sahabat anda.
    jangan terlalu mengikut kata sehingga boleh memberi kesan kepada sahabat.

  7. Jangan burukkan sahabat- Jangan sesekali menghebahkan apa sahaja cerita buruk tentang sahabatmu itu.
    Jika berlaku perselisihan faham antara anda dengan sahabat anda,janganlah memburukkan sahabat anda didepan orang lain.Berkemungkinan sampai bila-bila anda tidak akan berkawan dengannya semula.

  8. Menghormati hak dan kehidupan peribadi
    jika sahabat anda dilanda maslaah ,mungkin dia memerlukan masa sendirian.
    Berada di sampingnya menunjukkna anda sangat mengambil berat tentang dirinya.
    Namun jika dia meminta sedikit ruang,berikanlah dia hak itu.

  9. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi -ada sesetengah perkara tidak boleh dikongsi bersama
    Elakkan diri daripada terlalu sibuk mengambil tahu hal peribadi sahabat sehingga menimbulkan rasa tidak selesanya.
    walau begitu,sebagai sahabat dia memerlukan kamu di saat suka dan dukanya.

  10. Bersikap terbuka
    bersikap terbuka adalah satu landasan yang penting buat kamu dan sahabat.
    tak mungkin kamu boleh membina persahabatan yang baik jika hati kamu dipenuhi dengan persaan dendam,cemburu,sangsi.
    Berbincanglah secara terbuka dari hati ke hati tentang permasalahan kamu.Pastikan kamu memilih waktu yang sesuai.

Tips Cinta- Jangan Ucapkan (DARA.COM)

Cik kim  tak berasa tahu sangat bab cintan-cintun ni tapi cik kim tetap nak berkongsi tentangtip cinta apa yang patut dicuapkan dan apa yang patut tidak diucapkan.Cik kim menyelak lagi majalah lama Dara.Com dan ingin berkongsi dengan anda semua!



Orang kata bercinta memang seronok tapi kalau tersalah kata boleh memudaratkan hubungan cinta kita..
Apa yang tak patut diucapkkan itu???


  1. "Awek/Boyprend saya dulu tak pernah buat macam tu...." 
    [Opss!!!Jangan banding-bandingkan awek/Boyprend yang lama dengan yang sekarang.Kecewa kowt pasangan anda!!!!]
  2. "Eh,tak ketat ke baju awak tu? Nampak macam dah gemuk."
    [Jika perempuan,habislah si lelaki kena hempuk!Memang cari nahas.Merajuk sebulan lah jawabnya. Tegurlah cara baik untuk kebaikan si gadis..pandai korang sendirilah nak cakap cam ner yer si lelaki. ]
  3. "Alamak!Abang lupalah hari jadi sayang."
    [
    Saya nak bagitahu,perempuan tak pernah fail bab ingat tarikh penting dalam hidup mereka dan juga pasangan mereka.So,ni ditujukan pada si lelaki! Silalah ingat tarikh penting pasangan anda. Tarikh lahir,tarikh kapel,tarikh tunang,tarikh kawin!]
  4. "Saya memang pernah keluar dengan dia tapi masa tu saya tengah bengang dengan awak"
    [Anda memang pasangan yang mengecewakan! Jangan membuat sesuatu yang boleh membuatkan anda akan kehilangan pasangan anda buat selamanya.Kalau cik kim pun,maaflah memang tak nak kapel balik!]
  5. "Awak pergilah shopping sendiri atau dengan kawan awak,saya malaslah nak ikut."
    [for men: ketahuilah yang cik adik awak tu sebenarnya nak meluangkan masa dengan awak sepenuhnya,bukan semata-mata pegi shopping.]
    [For girl: Cik abang awak tu ajak pegi shopping kerana dia sangat pentingkan pendapat anda dalam pemilihan barangannya kerana andalah merupakan orang yang terpenting buat dia!]
  6. Berdebat pertahankan pendapat
    [tak kira lelaki ataupun perempuan ,dalam satu-satu perhubungan perlulah ada sifat bertolak ansur dan memahami yang tinggi.Jika anda tidak mengalah,itu bermakna anda tidak memerlukan hubungan anda dengan si dia kekal lama.]
  7. "Ingat nak ajak awak hangout,but ur so boring!"
    [Percayalah anda boleh putuskan hubungan anda dengan ayat ni jer...]
  8. "Kawan baik awak tu boleh tahan jugaklah"
    [Si boy/girl boleh berjauh hati dengan anda,dan tak mustahil jika pasangan anda ingin memutuskan hubungan dengan anda kerana dia dapat melihat anda bukanlah jenis yang setia dan tak boleh diharap nanti lepas kahwin.]
  9. "Awak ni kuat membebellah"
    [Jangan salahkan si dia,awak kena fikirkan kenapa? sebab bukan sesenang hati orang nak membebel,penat kowt!!!!!!!]

Punca mudah mendapatkan GASTRIK -Dr.Syed Anees Ahmad

Cik Kim nak berkongsi perngetahuan yang telah dikongsikan oleh Dr.Syed Anees Ahmad di ruangan majalah DARA.COM dengan tajuknya Puasa Elak Serangan Gastrik.Tapi cik kim nak berkongsi tentang punca-punca bagaimana seseorang itu mudah mendapat gastrik.


Tabiat pemakanan yang tidak mengikut Jadual.
Anda sentiasa sibuk dengan aktiviti belajar,kerja mahupun apa jua urusan yang membuatkan anda melengahkan waktu makan terutamanya ketika berbuka.
Jangan biarkan perut anda masuk angin kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dan pengambilan makanan mestilah berkhasiat dan seimbang.

Pengambilan minuman berkafein
Seeloknya jauhkan minuman jenis ini kerana ia boleh membuatkan tubuh kamu menjadi cepat letih dan lesu.
Pengambilan minuman berkafein ini boleh bertindak seperti diuretik yang boleh menyebabkan pembuangan air berlebihan dan mengakibatkan badan kamu kekurangan air dan garam.

Gaya hidup yang tertekan
dalam menjalani kehidupan,pasti ada yang memberi tekanan buat kamu.Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi. Dalam keadaan ini pasti gaya hidup kamu menjadi tidak seimbang.Dengan itu,banyakkanlah berbuat ibadah supaya dapat ketenangan dihati.Kamu bukan sahaja mendapat pahala malah dalam perjalanan hidup kamu juga lebih teratur.

Merokok
merokok memang membahayakan bukan sahaja perokok malah orang yang berada disekelilingnya. Ia bukan sahaja menyumbang kepada penyakit gastrik sahaja malah memberi kesan kepada seluruh organ dalaman badan. Elakkanlah tabiat merokok dan terhidu asap rokok.

Tanda-tanda:
sakit bahagian atas perut
terasa loya
selera makan kurang
berat badan menurun
najis kehitaman atau berdarah(gastrik tahap serius)
sendawa

BERTENAGA SEPANJANG HARI BERPUASA


Rasulullah SAW bersabda : “bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat”
[Hadis Riwayat Bukhari, Muslim,Ahmad Tirmizi,Nasai dan Ibn Majah]


Makanan yang perlu diambil ketika bersahur:

  • Makanan karbohidrat yang kaya dengan serat ; cth:nasi,mi &gandum
  • Bijirin oat atau gandum penuh satu hingga dua hidangan dengan secawan susu.
  • Makanan protein dapat mengekalkan tenaga berpanjangan ; cth: daging,ikan,sayur,telur,udang,hati,tempe,tauhu dan kacang
  • Makan buah-buahan dan sayuran
  • minum air secukupnya - 1 liter sehari
  • ambil tambahan multivitamin lengkap dengan zat mineral untuk menjaga sistem imun dan tahap tenaga badan
Makanan yang perlu dielakkan semasa bersahur:
  • makanan yang mengandungi gula yang tinggi seperti gula-gula,kuih atau minuman manis.
  • makanan yang bergoreng
  • minuman yang berkafien.

MULUT BERBAU




Cara Menghilangkan Mulut Berbau

  • sentiasa Berus gigi setiap kali mandi,selepas makan dan sebelum tidur.
  • Gunakanlah ubat gigi yang mengandungi pudina yang boleh menyegarkan mulut.
  • gunakan dental floss sebaiknya untuk menyingkirkan sisa-sisa makanan di celah gigi.
  • gunakan mouthwash jika boleh untuk menghilangkan bakteria dan selaput bakteria.
  • Minum air suam sebanyak mungkin.
  • PALING PENTING...SENTIASA JUMPA DOKTOR GIGI UNTUK MENCUCI GIGI. SENTIASA!

Sentiasa Tampak Segar di Bulan Ramadhan



Pada bulan Puasa pasti keadaan agak Nampak tidak bermaya,muka Nampak agak pucat dan yang paling ketara adalah bibir kita yang tampak kering disebabkan tidak minum air sepanjang hari. Bibir kita pasti kering sebab kita menjalankan ibadah puasa yang dituntut oleh Islam tetapi ada caranya tampak segar sepanjang hari.
Kita boleh menggunakan Lip Balm atau Lip Gloss. Sebenarnya kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu melembapkan bibir tetapi lip gloss lebih bersifat kosmetik kerana memberi kilauan kepada bibir manakala lip balm lebih kepada melembapkan bibir yang kering.
Anda tidak boleh menggunakan air liur untuk bertujuan melembapkan bibir anda kerana ia lebih mengeringkan bibir.
Jika anda berasa was-was untuk menggunakan lip gloss atau lip balm yang bersifat buah-buahan ,maka gunalah lip balm atau lip gloss yang natural.



Sentiasa Memberi Info yang berguna!


Bina Blog


Step 1: www.blogspot.com
click pada anak panah tersebut untuksign up.

Step 2: Isi semua maklumat yang diperlukan seperti ditunjukkan dibawah.
setelah selesai,click "continue"

Step3:click pada "Rekalah Blog Sekarang"

Step 4:isikan Nama Blog anda dan domain.<sila pilih nama domain yang senang diingat oleh pembaca>

Step5:pilih template untuk blog anda supaya kelihatan cantik.

Step6:Blog anda sudah siap. Sila memblog sekarang


Step7; anda boleh mula menulis untuk dikongsi dengan pembaca.

Info Islam dari DARA.COM

Masjid Yang Pertama di Dunia:
Masjidil Haram

Masjid yang dimuliakan oleh Umat Islam:
 Masjidil Haram (Makkah)
 Masjid Nabawi (Madinah)
 Majid Aqsa (Al-Quds Jerusalem,Palestin)

Nama Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia:
 "Muhammad" disusuli dengan "Jack"

Satu-satunya di Benua Eropah:
Albania -memiliki 90% penduduk beragama Islam

Perkataan Berasal Dari Bahasa Arab:
Algebra, Zero,Cotton,Sofa,Rice,Candy,Safron,Balcony, Alcohol

Kata-kata Akhir Nabi Muhammad SAW:
"Ummati,Ummati,Ummati"-menunjukkan bertapa besar cintanya pada umatnya.

Penambahan Penduduk Islam
2.9% setahun

Contoh Dari Ratusan Cendiakawan:
Al Khawarizmi(Matematik)
Jabir Ibn Hayyan(Kimia)
Ibnu Khaldun(sosiologi dan sejarah)
Ibnu Sina(kedoktoran)
Ar Razi(Kedoktoran)
Al Biruni(Fizik)
Ibnu Batutah(Antropologi)

Perkara Dilakukan Oleh Rasulullah SAW
solat pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad menghadap Masjidil Haram adalah solat asar bersama sahabat setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16bulan.

Kelahiran Anak Lelaki Rasulullah Saw.
Semua anak lelaki Rasulullah SAW meninggal dunia.Ramai Ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

Kisah Musa dan Maryam
Musa A.S adalah nama yang sering disebut dalam Al-Quran,sedangkan Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran

Berdiri ....Salah atau Tidak??

Assalamualaikum pembaca sekalian... saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang tidaklah lengkap dan banyak kekurangannya.. kerana yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang kurang itu datangnya dari diri saya sendiri...

saya ingin berkongsi apakah hukum berdiri samada baik ataupun tidak. Seperti yang kita tahu ,Islam merupakan agama yang syumul yang menyusun setai perbuatan kita secara terperinci sehinggalah hukum dan adab setiap perlakuan kita.Dengan itu,saya ingin berkongsi dengan kalian apakah hukum dan adab apabila kita berdiri.

Keadaan Pertama: Kita mengharapkan orang lain berdiri untuk kita.

Rasulullah SAW bersabda:
 "sesiapa yang menyukai orang-orang yang berdiri untuknya,maka dia sebenarnya mengambil tempat duduknya di dalam neraka. " [Shahih Sunan Abu Daud , 5229]

Rasulullah SAW melarang dengan tegasnya bahawa janganlah kita mengharap atau menyukai apatah lagi memaksa orang lain untuk berdiri untuk kita.Disebalik larangan tegas ini adalah manusia suka dihormati dan diagungkan dan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik iaitu apabila seseorang itu memuji dan mengagungkan sesama manusia setaraf atau lebih dari Allah S.W.T.

Keadaan Kedua: Kita berdiri untuk Orang Lain

Aisyah pernah menerangkan tentang akhlak mulia di antara Rasulullah SAW dengan anaknya Fatimah: 

"apabila Fatimah datang kepada Rasulullah,maka baginda berdiri untuk menyambutnya,mengambil tangannya,menciumnya dan mendudukkan Fatimah di tempat duduk baginda.Sebaliknya apabila Rasulullah mendatangi Fatimah,maka beliau berdiri menyambut tangan baginda,mengambil tangannya,menciumnya dan mendudukkan baginda di tempat duduknya."

Berdiri untuk menyambut ibu bapa,suami atau isteri dan rakan serta tetamu,maka berdiri ini memang dibolehkan.

Berdiri ketika berlalunya jenazah juga dibolehkan.
"Jika kalian melihat jenazah,maka berdirilah sehingga jenazah itu melintasi kalian atau diletakkan" [Shahih al-Bukhari,1272]

Berdiri seperti ini memang dibolehkan dan tidak wajibtetapi sekadar dianjurkan  kerana Rasulullah SAW pernah duduk ketika jenazah diiringi melintasi baginda[Shahih Muslim, 962]

Berdiri kerana pemimpim.

Berdiri seperti sangat dilarang kerana ada peristiwa dimana Rasulullah SAW ketika uzur pernah solat sebagai imam dalam keadaan duduk sementara para makmum solat dalam keadaan berdiri. Rasulullah menegur:
"Jika kalian melakukannya,bererti kalian melakukan apa yang dilakukan oleh orang-orang Parsi dan Rom .Mereka berdiri untuk pemimpin mereka sedangkan pemimpin mereka duduk.Maka jangan lakukan itu" [Shahih Muslim, 413]

Para sahabat sangat mencintai Baginda tetapi apabila Baginda tidak berdiri maka mereka turut tidak berdiri kerana mengetahui bahawa Rasulullah SAW tidak menyukai perbuatan itu.[Shahih al-Adab al-Mufrad,946]

Berdiri ini sangat dilarang kerana apabila orang yang dipimpin berdiri untuk pemimpin mereka akan timbul rasa riak,hebat dan bangga dalam diri pemimpin tersebut hinggalah berubah menjadi angkuh dan sombong dan akhirnya memudaratkan orang yang dipimpin itu sendiri. Maka Islam menutup semua pintu-pintu sebelum berlakunya kemudaratan tersebut kepada pemimpin dan pengikut.

Berdiri Untuk Menggerunkan Musuh memang dibolehkan.

Rasulullah SAW bersabda kepada orang ramai untuk berdiri kepada Sa'ad bin Mu'adz.Baginda bersabda:
"Berdirilah kalian untuk pemimpin kalian"[Shahih al-Bukhari,6262] 

Ini berlaku terhadap kaum Bani Quraizah yang sebelum itu memusuhi Islam dan Umatnya.Setelah kaum Bani Quraizah berjaya dikalahkan,Sa'ad bin Mu'adz ditugaskan menjaga urusan mereka dan perintah Rasulullah agar orang ramai berdiri terhadap Sa'ad menghasilkan perasaan gerun dan rendah diri di kalangan kaum Bani Quraizah.

Rinduku Pada Mereka...DAT6


Assalamualaikum Semua...Apa Khabar anda yang sedang membaca!!!!
Cik Kim ingin berkongsi sedikit memori yang telah tercipta buat cik kim di saat-saat perpisahan cik kim dengan kawan-kawan cik kim pada November yang lalu....

Disaat ku merinduimu,ku memandang gambarmu
mengingati segala nostalgia yang telah terbina antara kita
Penuh gurauan suka dan duka
yang memberi seribu kenikmatan pada kita
menuju alam yang lebih dewasa...
Kuharapkan perpisahan ini 
memberikan sejuta harapan untuk bertemu semula..
memberikan sejuta impian untuk menggapai bersama
memberi sejuta semangat mengharungi kehidupan seterusnya
sehingga disaat pertemuaan semula
untuk berkongsi pahit manis yang dilalui sendirian
supaya memberi sejuta rasa hubungan persahabatan kita

Cik Kim harap agar kawan-kawan cik kim dapat memahami puitis yang baru cik kim 'create' untuk mereka...


SINETRON ANUGERAH


Kisah perjalanan hidup NABILA (Nabila Syakieb), gadis cantik, lembut, tegas sangat menyayangi ayahnya yang tercatat sebagai mahasiswa terpintar dan terbaik di universitas dan berpotensi memiliki masa depan cerah, harus berada di posisi dilematis ketika Ayah yang sangat dicintainya, ARIF (El Manik), terkena gagal ginjal dan harus segera melakukan operasi.
NABILA benar-benar kehabisan cara untuk menolong ayahnya. Nabila meminta agar LISA (Cut Memey) ibu tiri nabila yang gila harta untuk mencari bantuan. Didepan Nabila, Lisa berpura-pura tidak mendapatkan pertolongan untuk Arif. Lisa malah memberikan sekotak perhiasan kepada SHANIA (Ketrin Agustine) saudara tiri nabila yang egois dan manja. Sampai akhirnya Nabila tanpa sengaja bertemu dengan ENDAH (Dina Lorenza), seorang wanita kaya raya dan baik hati ikhlas menolong Nabila karena memiliki kisah yang sama dengan Anaknya RINO (Kevin Andrean).
Tanpa sengaja Nabila bertemu dengan FANDY (Samuel Zylgwyn). Fandy adalah anak SUGIH (Dwi Yan) seorang pengusaha kaya raya yang sangat menyayangi kedua anaknya. Sugih meminta Fandy untuk berhenti melukis dan bekerja diperusahaannya, serta segera menikah seperti kakak tirinya, Bima. BIMA (Giovanni Tobing) yang sudah lama menikah terlebih dahulu dengan WULAN (Dini Aminarti) sangat menginginkan hadirnya buah hati. Apalagi HERA (Annie Anwar) ibu kandung Bima yang sangat membenci Fandy, tahu bahwa Fandy akan segera menikah dan mengenalkan Nabila sebagai calon istrinya. Hera takut kalau Fandy yang terlebih dahulu memiliki anak, sehingga Hera tidak ada kesempatan untuk memiliki harta Sugih. Oleh karena itu Hera meminta wulan untuk melakukan berbagai pengobatan dan meriksakan kandungannya. Namun Wulan tetap tidak bisa memiliki anak...
ERLIN (Femmy Permatasari) ibu kandung wulan tahu akan hal itu, membuatnya nekat untuk mencari jasa IBU PENGGANTI. Awalnya Wulan syok mendengarnya, namun demi cintanya yang dalam pada Bima, ia pun menyetujui semua itu.
Erlin berhasil menemukan MAWAR (Sheila Marchia) yang bersedia melakukan insiminasi, tentunya dengan bayaran yang sangat tinggi. Namun pada akhirnya, Nabila lah yg akan menjadi ibu pengganti untuk Wulan. Diam-diam, Erlin menyuruh Wulan pura-pura hamil. Seluruh keluarga jelas senang, namun ketika Bima tahu itu hanya pura-pura, Bima sangat kecewa. Terlebih lagi saat Wulan bilang kalau bayi mereka sedang dikandung oleh perempuan lain.
Bagaimanakah kisah selanjutnya? Dapatkah Nabila bersatu dengan Fandy? Apakah keluarga Sugih dapat menerima insiminasi Nabila dengan Bima?? 

Saksikan hanya di SINETRON: ANUGERAH, mulai 5 Disember 2011 Setiap Hari Isnin- Jumaat pukul 5.30ptg hanya di TV9.

Info Islam -Dara.Com

Masjid Yang Pertama di Dunia:
Masjidil Haram

Masjid yang dimuliakan oleh Umat Islam:
 Masjidil Haram (Makkah)
 Masjid Nabawi (Madinah)
 Majid Aqsa (Al-Quds Jerusalem,Palestin)

Nama Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia:
 "Muhammad" disusuli dengan "Jack"

Satu-satunya di Benua Eropah:
Albania -memiliki 90% penduduk beragama Islam

Perkataan Berasal Dari Bahasa Arab:
Algebra, Zero,Cotton,Sofa,Rice,Candy,Safron,Balcony, Alcohol

Kata-kata Akhir Nabi Muhammad SAW:
"Ummati,Ummati,Ummati"-menunjukkan bertapa besar cintanya pada umatnya.

Penambahan Penduduk Islam
2.9% setahun

Contoh Dari Ratusan Cendiakawan:
Al Khawarizmi(Matematik)
Jabir Ibn Hayyan(Kimia)
Ibnu Khaldun(sosiologi dan sejarah)
Ibnu Sina(kedoktoran)
Ar Razi(Kedoktoran)
Al Biruni(Fizik)
Ibnu Batutah(Antropologi)

Perkara Dilakukan Oleh Rasulullah SAW
solat pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad menghadap Masjidil Haram adalah solat asar bersama sahabat setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16bulan.

Kelahiran Anak Lelaki Rasulullah Saw.
Semua anak lelaki Rasulullah SAW meninggal dunia.Ramai Ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

Kisah Musa dan Maryam
Musa A.S adalah nama yang sering disebut dalam Al-Quran,sedangkan Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran

BIBIR HITAM DAN KERING

BIBIR HITAM DAN KERING

Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir secara perlahan-lahan setiap hari.

atau

gunakan sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam.


Untuk kulit kering,gunakanlah pelembab bibir supaya bibir menjadi lebig lembut dan lembap.

Hari Yang Membosankan Lagi

Nampaknya cik kim mati kutu duduk kat rumah makan ,tido,tengok blog,tengok fb,tengok twitter... Agak-agaklah nak buat apa ek??? Dah la cik kim tak dapat panggilan mana-mana temuduga lagi dah nie...sesangat membosankan duduk rumah bagai kepala nak pecah!!!huahahahaah...Ayat apa lah cik kim create tuk tatapan korangkan...tapi tu la...penat jugak tak de keje nie...

Sesiapa boleh bagi cadangan tak???



p/s: cik kim dalam proses bagitaw kawan-kawan blog cik kim yang lama untuk jadi friend cik kim kat blog cik kim yang baru nie....muahhahahahaha!!!!

Membina E-mail /Create E-mail

 Step 1: GMAIL


Cik Kim lebih suka menggunakan gmail kerana ianya cepat .
Click pada CREATE ACCOUNT.

 Step 2:
Isi Maklumat yang dikehendaki.Berhati-hati semasa memilih nama domain supaya dapat diingat dan password biarlah ringkas dan kuat supaya tidak dicerobohi pihak yang tidak bertanggungjawab.

 Step 4: tunggu loading

 Step 5: Siap

RUMAH TERBAKAR

Satu petang, ketika Abu sedang leka bermain dengan arnab kesayangannya, jirannya Pak Karim datang bertanya kepada Abu.

Pak Karim:
Kalau Abu budak yang pandai,rumah dalam Bahasa Inggeris apa Abu?

Abu:
House la Pak Karim.

Pak Karim:
Kalau rumah terbakar pula nak panggil apa?

Abu:
'Burning House' la Pak Karim.

Pak Karim:
Apa pulak. Kalau rumah terbakar panggillah Bomba!(sambil tersenyum kepada Abu)

Abu: ....???? (terus kehairanan dengan jawapan Pak Karim)

LILIN


Satu pagi sebelum memulakan kelas, Cikgu Awi menguji kepintaran anak muridnya.Dia bertanya kepada salah seorang muridnya.

Cikgu Awi     :
Ok,Nana.Jika kita nyalakan lima batang lilin dan kemudian memadamkan tiga batang    lilin,berapakah batang lagi yang tinggal.

Nana:
Tiga Batang cikgu.

Cikgu Awi:
Salah.Kenapa pula awak kata tiga batang Nana?

Nana:
Betullah Cikgu. Kalau kita matikan tiga batang lilin ,tiga batanglah yang tinggal sebab yang lagi dua tu dah cair cikgu.

Cikgu Awi:
(Bengang....Terkena aku)

CIRI LELAKI IDEAL




Assalammualaikum semua....cik kim nak berkongsi satu artikel dimana cik kim menyelak majalah lama semasa mengemas bilik dan tertarik dengan artikel ni..CIRI LELAKI IDEAL..jadi ,cik kim rasa nak berkongsi dengan anda semua..

jika kita ketahui sebenarnya ramai lelaki di luar sana yang mengakui bahawa diri mereka ni adalah lelaki yang 'perfect' dan merekalah sebenarnya pilihan terbaik untuk si gadis..Tetapi mereka lupa tiada makhluk di dunia ni yang sempurna sebagaimana ALLAH S.W.T. 

Jadi apakah sebenarnya yang dikatakan lelaki ideal?

Lelaki Ideal adalah lelaki yang serba sederhana dan konsisten dalam hidupnya dan mereka juga boleh membuat keputusan dan sanggup memohon maaf apabila melakukan kesalahan.

cik kim dapat membuat kesimpulan yang ringkas tentang lelaki ideal ni.So,sesiapa yang ingin menjadi lelaki ideal idaman wanita bolehlah cuba mempunyai beberapa ciri ni yer.^__^
  1. lelaki yang sederhana iaitu tidak berlebih-lebihan dalam hidup.
  2. lelaki yang tidak suka menunjuk-nunjuk dalam hidup mereka seperti kerjaya,harta mahupun taraf kedudukan.
  3. lelaki yang suka merendah diri.
  4. memiliki gaya hidup yang konsisten.iaitu mempunyai kerjaya dan hala tuju hidupnya.
  5. lelaki yang cepat dan mampu membuat keputusan yang tepat dalam sesuatu hal. Mereka dilihat sebagai seorang pemimpin.
  6. tambah 'gentleman' apabila sudi memohon maaf walaupun silap yang dilakukannya kecil. ataupun 'ringan mulut' memohon maaf walaupun tisak bersalah sebenarnya.
  7. seorang yang menghormati antara satu sama lain.
  8. seorang yang berani ,jujur dan bercita-cita tinggi juga merupakan kelayakan utama untuk bergelar Ideal.
  9. Seorang yang berfikiran cergas ,matang dan tangkas serta aktif juga menjadi ciri-ciri penting lelaki ideal.

Wah,bukan senang untuk bergelar lelaki Ideal apatah lagi bergelar lelaki sejati dan yang penting untuk diigatkan rupa bukanlah faktor utama menjadi lelaki Ideal,cukuplah mereka sedap mata dipandang. Bukan rupa paras yang menjadi ukuran tetapi keperibadian yang utuh dan unggul menjadi sanjungan. 


GOOD PERSON....


I was wearing clothes that you liked
And we get together, walking along with you
If you happen to meet me
You might regret throwing me away

A person who will love only me is a good person in anyone's eyes
He who's beside me and protecting me, instead of you

Everyone says I look happy because
My love is better, they say it's a good thing

To that person, to be sorry forever
It's my love that will make you suffer

You look at me with an innocent heart
This person is loving me, caring for me, instead of you

Everyone says I look happy because
My love is better, they say it's a good thing
To that person, to be sorry forever
It's my love that will make you suffer

If you see me being happy, please suffer
I hope you cry and regret throwing me away

Though I smile, my heart is crying
I hope you're in pain, though I'm suffering more
I'm telling myself I'm happy, and I can be happier
Though I'm trying to lie to my heart, it won't listen

BUDAK PERASAN BAGUS

SALAM...
sure ramai yang kata kenapa guna tajuk BUDAKPERASAN BAGUS..???

ada hikmahnya kenapa menggunakan tajuk tu..
setiap manusia di dunia ni perlu percaya kepada diri mereka sendiri yang sebenarnya diri mereka adalah bagus!!! (bukan bagus yang melampau yer)

tiada seorang pun di muka bumi ni boleh mengkritik,menghina,memandang rendah pada diri kita sebab mereka pun belum tentu bagus.
Jadi kalau nak bagus bukan sahaja dalam diri kita tetapi juga di mata dunia, pertingkatkan diri anda menjadi yang terbagus dan terbagus supaya tiada sesiapa yang layak mengkritik anda kecuali ALLAH S.W.T.

Kerna diri kita bukanlah sempurna tapi terbaik dalam dunia kita sendiri.

I'M NOT PERFECT BUT I'M THE BEST IN MY WOLRD..

7 TIPS BERPAKAIAN YANG MESTI ANDA TAHU



7 Tip berpakaian yang mesti anda tahu:

1. Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.

2. Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.

3. Tidak ada kata ‘maaf’ untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dalam anda tidak kelihatan. Salah satu caranya, gunakan seluar dalam berpotongan ‘G-string’.

4. Satu lagi adalah tali coli. Ia tidak seharusnya diperlihatkan. Sediakan coli tanpa tali, yang dapat digunakan ketika anda mengenakan baju atau gaun tanpa lengan atau bertali halus.

5. Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.

6. Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.

7. Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju yang berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yang akan memberi kesan lebih cantik.
� + n h2P ��L ahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .
Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.
Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.
Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

CARA LUPAKAN SI DIA YANG TELAH PERGI

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.
Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.
Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.
Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.
Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.
Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .
Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.
Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.
Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

Sikap wanita yang Disukai oleh Lelaki

1.       bersikap keibuan
·         Setiap  wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

2.       Keanak-anakan.
·         Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih ingin menjagai.

3.       Penuh pengertian
·         Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.

4.       Menghargai
·         Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5.       Menjaga penampilan
·         Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6.       Menghormati diri sendiri
·         Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri  sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

7.       Simpati dan prihatin
·         Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.



8.       Pandai berbual
·         Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respons dan pendapat yang baik.

9.       Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
·         Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.




LELAKI MENGUJI WANITA

Entry ini cik kim turut mendapatkannya dari laman web seseorang.Dah lama cik kim simpan dalam komputer cik kim..cik kim tak tahu nak creditkan pada siapa. Jadi minta dihalalkan yer dan beritahu jika ini anda punya entry..^__^


Lelaki... Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.
Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.
Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.
Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.
1. Adakah si dia materialistik?
Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.
Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.
2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu
Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.
Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.
3. Hubungan bekas teman lelaki
Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki". Anda lulus.
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu". Anda lulus.
4. Mengukur tahap kesetiaan
Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.
Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...